Home Artikel PAS Melaka

PASTI dan Dewan Muslimat PAS Melaka Bertadarus.

236 views
SHARE

BUKIT KATIL, 11 Jun : PASTI Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka telah menganjurkan Tadarus Berkelompok dan Usrah Perdana sempena Nuzul Quran.

Program yang berlangsung di Dewan Tuan Guru Muallim Haji Wahid, Bukit Katil tersebut bermula seawal jam 7.30 pagi dengan Tadarus Berkelompok sehingga khatam al-Quran. Program diteruskan pula dengan Usrah Perdana yang dipimpin oleh al fadhil Ustaz Zarimi Shubrawi, Naib Ketua Pemuda PAS Pahang yang juga merupakan mudir Maahad Tahfiz al-Istiqamah, Temerloh.

Seramai 100 orang peserta hadir bagi menjayakan program ini. Turut hadir adalah Puan Hajah Kintan Man, Ketua DMPNM.

Menurut pihak penganjur, program tersebut diadakan bagi merapatkan ukhwah antara guru PASTI dengan muslimat PAS, di samping meningkatkan penghayatan terhadap ajaran al-Quran.

{jathumbnail off}