Home Berita PAS Kedah

PASTI As-Syifa antara terjejas banjir

214
SHARE

PADANG SERAI –Β Lajnah Kebajikan PASTI Kawasan dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai bersama Jabatan PASTI Negeri Kedah yang diketuai oleh Cikgu Juwariah Md Yakin telah hadir ke PASTI As-Syifa, Padang Limau dan menyampaikan sedikit sumbangan, baru-baru ini.

Untuk makluman, PASTI As-Syifa diuji dengan banjir setiap kali berlaku hujan lebat yang berpanjangan termasuk pada 11 Jun 2022.

Para pelajar terpaksa bercuti sementara menunggu kerja-kerja pembersihan selesai.

Pesanan daripada lajnah tersebut, kepada dermawan yang ingin menyumbang untuk aktiviti kebajikan dan pembelian kenderaan pacuan 4×4, bolehlah salurkan ke akaun 02057010049377 (Bank Islam).