Home Artikel PAS Johor

PASTI AR RAHMAH JUARA NASYID PASTI PAS KAWASAN MUAR

123 views
SHARE

PASTI AR RAHMAH JUARA ALAMRIA PASTI PAS KAWASAN MUAR 

MUAR     :   Kumpulan nasyid Pasti Ar Rahmah telah menjadi juara dalam kategori nasyid di program Alamria Pasti Kawasan Muar. 

Program Alamria Pasti PAS Kawasan Muar telah  dilaksanakan dengan jayanya pada 20 Julai yang lalu.

Menurut pengarah program Puan Norhayati Sulaiman, sebanyak 5 acara telah dipertandingkan yang melibatkan semua Pasti di Dun Maharani dan Dun Sungai Balang. Acara-acara tersebut adalah hafazan, azan, bercerita, sajak dan nasyid.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Muar, Dr Mohamad bin Taslim. Beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan anak-anak Pasti yang berjaya mewakili Pasti Kawasan Muar ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 31 Ogos nanti di UTHM Johor.