Home Berita PAS Johor

Pasti Al-Hidayah Rai Maulidurrasul

1121
SHARE

PONTIAN – Pada 2 Disember lalu, telah berlangsung program Maulidurrasul Anjuran Pasti Al-Hidayah Ayer Baloi. Program ini telah bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 malam.

Acara telah dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti meniup belon, kerusi berirama dan gelung rotan. Sementara itu, program dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah.Seramai 26 murid yang mengambil bahagian bagi acara sukaneka ini termasuk  para ibu bapa. Selain dari PASTI, Tadika KEMAS, TAJ dan Sekolah Rendah juga turut hadir bersama.


Seterusnya, program diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, Saudara Mohd Firdaus bin Jaffar ( Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Benut ) PAR serta Prof. Baharom bin Mohamad selaku PAR Parlimen Pontian bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.