Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PASTI Al-Ansori Tampin dirasmikan Ustaz Ahmad Dasuki

409
SHARE

Seremban, 6 Januari – Impian penduduk dan amilin PAS di Kampung Repah, Tampin, Negeri Sembilan untuk memiliki bangunan khas untuk Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menjadi kenyataan apabila siapnya bangunan untuk PASTI Al-Ansori yang diubah suai daripada sebuah balai Islam.

Penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani telah berbesar hati menyempurnakan perasmian PASTI tersebut, disaksikan oleh penggerak Dewan Pemuda PAS dan kepimpinan PAS Kawasan Tampin pada 3 Januari yang lalu.

Terdahulu, Ustaz Ahmad Dasuki yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Negeri Selangor menyampaikan ceramah perdana untuk warga setempat di Dataran PASTI tersebut dengan tajuk “Hidup Selepas Mati”. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Saudara Khairul Yazman Yahya.

Kredit FB Ustaz Ahmad Dusuki

Majlis turut meriah dengan kehadiran warga tempatan dan berjalan lancar dengan khidmat daripada pasukan Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan.

——

Kunjungi Facebook Rasmi PASTI Al-Ansori di sini : SINI
Gambar-gambar daripada Lensa Nismilan di sini : SINI