Home Berita PAS Johor

Pasir Gudang juara bola sepak PASTI Johor

269
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang, 15 Ogos : PASTI Al-Kauthar Pasir Gudang menjadi juara bola sepak setelah menewaskan PASTI Iskandar Puteri 2-1 dalam perlawanan akhir bola sepak Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Negeri Johor 2022 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussien Onn, di sini, 13 Ogos lalu.

Dalam perlawanan selama 14 minit itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas serangan namun kelebihan berpihak kepada Pasir Gudang.

Muhammad Irshad Mohd Zaini Jasnima , 6 dari PASTI Pasir Gudang dipilih sebagai pemain terbaik bola sepak dan juga merupakan antara salah seorang penjaring gol dalam perlawanan akhir tersebut.

Dalam masa yang sama, PASTI Bakri menjadi juara bola jaring setelah menewaskan PASTI Kulai dalam perlawanan akhir bola jaring. Manakala PASTI Johor Bahru menjadi Juara keseluruhan kejohanan setelah mendapat tempat ke-3 dalam acara bola jaring dan ke-4 dalam acara bola sepak.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz, PASTI bukan hanya fokus dalam bidang pembelajaran didalam kelas semata.

“PASTI juga menyediakan platform untuk anak-anak bersukan dan terdapat juga alumni PASTI yang pernah menyertai SUKMA”, ujar beliau sewaktu merasmikan kejohanan ini.

Kejohanan ini turus diserikan dengan persembahan pembukaan dari PASTI Al-Ukhuwwah Kluang dan cabutan bertuah seperti basikal, televisyen serta hamper.

Kejohanan sukan PASTI Negeri Johor kali terakhir dijalankan adalah pada tahun 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil sebelum penularan COVID-19 dan Kluang juga merupakan tuan rumah pada waktu itu.

Turut hadir ADUN Maharani, YB Abdul Aziz Talib, Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Johor, Latipah Omar, Timbalan Yang di-Pertua PAS Kawasan Kluang, Mohd Nor Mohamad serta Pengerusi PASTI Kawasan Kluang, Ahmad Daniel Mohmad Hassan.