Home Berita PAS Pahang

Pasca Bajir | Jabatan Amal IM khidmat cuci rumah di Kampung Beserah

437
SHARE

OLEH : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 23 Dis :: Seramai lebih 30 orang anggota Jabatan Amal Indera Mahkota bersama Sukarelawan Amal Malaysia telah menjayakan operasi clean and clear (cuci dan kemas) di 10 buah rumah yang terlibat banjir di sekitar Kampung Beserah di sini kelmarin.

Kerja-kerja mencuci telah berjalan selama dua hari.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Andansura Rabu turut sama dalam operasi tersebut pada hari pertama bersama ramai anak muda yang turun membantu.

“Niat kita adalah untuk membantu mereka yang terkesan atau terjejas masa musibah banjir sehari dua ini. Kita buat sekadar mana yang kita mampu.

“Kita berharap dapat melegakan tuan rumah dan elakkan menambah serabut mereka pulak,” kata Andansura dalam ucapannya kepada petugas dan sukarelawan yang menyertai misi tersebut.

Beliau berpesan agar memohon kebenaran dari tuan rumah terlebih dahulu dan maklumkan apa yang hendak dibuat atau apa yang boleh dibantu.

Sementara itu mangsa banjir Wan Habibah Wan Omar, di laman sosialnya merakamkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Andansura, Jabatan Amal Kawasan Indera Mahkota, Sukarelawan Amal Malaysia dan Ahli Jawankuasa PAS Cawangan Kampung Beserah di atas pertolongan yang telah diberikan.

Ketua Cawangan PAS Beserah Tengah Mohamad Hafizi Hamid berkata, selain dari membantu kerja-kerja pembersihan bersama Jabatan Amal, ahli jawatankuasanya juga memasak dan menghantar makanan ke pusat-pusat penempatan sementara dan rumah-rumah yang terlibat banjir di sekitar Beserah dalam tempoh tersebut.