Home Berita PAS Pahang

Waris arwah Hosman terima manfaat SKIMPAS

529
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 24 Dis :: Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada balu Allahyarham Hosman Mat Ali, mantan Ketua PAS Cawangan Lurah Bilut pada Khamis lalu.

Sumbangan replika cek bernilai RM10,000  disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar sempena program Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan Bentong bertempat di bilik operasi PAS DUN Sabai.

Hosman, 63 menghembus nafas terakhir akibat serangan jantung pada jam 2.30 pagi, 8 Ogos lalu di rumahnya selepas mengambil wuduk untuk bersolat tahajjud.

Almarhum merupakan amilin PAS yang komited, dedikasi serta istiqamah, meninggal dunia ketika masih memegang jawatan sebagai Ketua PAS Cawangan.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Bentong merangkap Perunding Skim PAS (PSK) Bentong, Mustaffa Abu Bakar, seramai tiga orang pencarum dalam daerah Bentong telah menerima manfaat melalui skim ini.

Ujarnya, ia termasuk mantan Ketua LKK PAS Kawasan sebelumnya, almarhum Abdul Muzir Samsuddin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya berhampiran TOL Bentong pada 16 November 2020.

Dalam majlis tersebut Setiausaha PAS Cawangan Bilut, Tuah Tonel menerima sumbangan bagi pihak balu almarhum, Sarahmah Veerankuthy.