Home Berita PAS Kedah

Pasar tani di PUTIK

179
SHARE

KUALA KETIL – ADUN Kuala Ketil, YB Mejar (B) Mansor Zakaria dengan kerjasama FAMA Kuala Ketil memperkenalkan Pasar@Putik Kuala Ketil bersempena pengajian ilmu yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketik (PUTIK).

Katanya pasar tani ini bertujuan memudahkan pengunjung yang hadir mendengar kuliah Dhuha setiap pagi Jumaat membeli barangan keperluan.

“Alhamdulillah sambutan pengunjung pada hari ini sangat baik dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis jualan dari peniaga tempatan.

 

“Pasar ini akan berterusan beroperasi pada setiap pagi Jumaat bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari,” katanya.

Turut hadir, Pengarah FAMA Negeri Kedah, Tuan Isa Hamzah, Penghulu Mukim Teloi Kanan dan Pegawai FAMA Kuala Ketil.