Home Catatan Ramadhan

Pasakkan Al-Khauf & Al-Raja’ dalam diri

36
SHARE

“Pasakkan Al-Khauf & Al-Raja’ Dalam Diri”

Dalam kitab Madārik Al-Marām Fi Masālik Al-Shiyām tulisan Syeikh Abu Bakr Al-Qasthalāni menegaskan bahawa perlunya ada sifat Al-Khauf dan Al-Raja’ dalam diri seseorang untuk mempastikan amalannya diterima Allah SWT:

أن يتردد فكره بين الخوف والرجاء في قبول صومه وماذا أثمر له عند الله من الرضا. وهل قبل عمله فأثبت اسمه في ديوان السعداء الأبرار أو رد فعد في جملة الأشقياء الفجار؟

“Bahawa pemikiran dia menjadi berbelah bahagi antara rasa takut dan meletak pengharapan dalam penerimaan puasanya. Apakah yang dia telah perbuatkan daripada amalan kepada Allah untuk mendapat keredhaan-Nya. Adakah amalannya diterima lalu dipasak namanya dalam kalangan golongan yang berbahagia lagi baik atau amalannya ditolak lalu dikira dalam gerombolan orang celaka lagi jahat”?

Ketika seseorang itu berpuasa, hendaklah dia sentiasa menghadirkan perasaan Al-Raja’ ataupun pengharapan agar puasanya diterima Allah SWT. Dalam Qūt Al-Qulūb menyatakan bahawa Al-Raja’ yang juga Ihtisāb atau menaruh pengharapan tinggi kepada Allah menjadi sifat terpenting dalam penerimaan ganjaran puasa disisi Allah SWT.

Rasa gerun dan takut sekira-kiranya Allah menolak amalan puasa, perlu juga ditanam dalam diri kita. Kedua-dua sifat ini iaitu Al-Khauf dan Al-Raja’ boleh mengimbangi amalan yang kita lakukan supaya berada dalam radar yang diterima Allah SWT. Oleh itu, setiap daripada kita perlu muhasabah diri pada setiap hari untuk mempastikan sifat tersebut mendiami diri.

Asri ed-Diwanie
23 Ramadhan 1442