Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah ziarah keluarga mangsa rompak bunuh

681
SHARE

Oleh: Wan Syahirah Wan Jafri

LEMBAH PANTAI – Sebuah kejadian rompakan dan bunuh telah mengorbankan mangsa, Dr. Wan Hassan Wan Embong di kediamannya di Bukit Bandaraya Bangsar kira-kira jam 3.30 pagi 29 November lalu.

Beliau ialah adik kepada Dato’ Haji Mutallib Embong, Peguam PAS, pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah TDM (GLC Terengganu) pada tahun 2000-2004 semasa PAS memerintah Terengganu selain Pengarah Bah IT MARDI serta AJK Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar.

Berikutan insiden berkenaan, PAS Wilayah Persekutuan (WP) dan PAS Kawasan Lembah Pantai mengambil inisiatif menziarahi keluarga mangsa petang semalam yang disambut balu mangsa, Puan Hajah Saripah Haji Yusof, seorang pesara guru.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan suami, Tuan Haji Mohd Azemi, Bendahari PAS WP yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Lembah Pantai (LP), Tuan Fauzi Abu Bakar dan isteri, Farita Abu Bakar, Naib Yang Dipertua PAS LP, Haji Ahmad Sathola Khan, AJK PAS LP, Haji Nordin Zalani serta AJK Muslimat PAS LP, Hajah Hapsyah Ishak.

Balu mangsa sempat menunjukkan laluan yang digunakan oleh perompak untuk memasuki kediamannya selain turut menunjukkan kebun sayur hidroponik yang sedang diusahakan arwah.

Sumbangan kepada keluarga mangsa juga turut disampaikan oleh YB Senator Ustazah Nuridah dan Tuan Fauzi Abu Bakar mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan(BPPWP).