Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 2 kes positif baharu

466
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 3 Dis : Dua kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, satu kes dikesan di Mukim Klebang Kechil Daerah Melaka Tengah daripada kategori jangkitan tempatan saringan bergejala berumur 31 tahun sementara satu lagi kes dikesan di Mukim Selandar Daerah Jasin daripada kategori jangkitan tempatan saringan kontak rapat Kluster Berendam berumur dua tahun.

Tambah laporan itu lagi, 10 kes positif masih lagi dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU dan tiada kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan tujuh mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing (1 kes), Masjid Tanah (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bachang (1 kes), Batu Berendam (1 kes), Klebang Kechil (1 kes), Ayer Panas (3 kes) dan Selandar (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1075 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 459 kes diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 310 kes.

Laporan itu juga menyebut semua negeri atau wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Putrajaya dan Perlis.

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)