Home Kenyataan Media PAS Wilayah

PAS Wilayah teguh di belakang Perdana Menteri

52
SHARE

PAS Wilayah

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan menyokong penuh Kenyataan Media Presiden PAS bertarikh 9 Jun 2021 berkenaan kesetiaan PAS bersama kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Umum mengetahui bahawa kerajaan yang ada pada hari ini wujud sebagai solusi krisis politik yang dicetuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri.

PAS antara yang bersama mengambil peranan dalam kerangka solusi ini turut berusaha keras khusus dalam portfolio-portfolio kerajaan yang diamanahkan kepada PAS.

Namun begitu, BPPWP menzahirkan sebesar-besar kekecewaan kerana di saat kita bergelut untuk membaiki negara dan melawan pandemik COVID-19, masih ada pihak yang menangguk di air keruh.

BPPWP tidak akan berdiam diri dengan tindakan pihak-pihak yang cuba memanfaatkan keadaan untuk kepentingan mereka namun hakikatnya merugikan rakyat.

Akhirnya, BPPWP menegaskan kesediaan untuk tetap bersama kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kerajaan Perikatan Nasional.

#MenangBersama
#KerajaanPrihatin

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)

11 Jun 2021 l 30 Syawal 1442H