Home Berita PAS Selangor

Jabatan Amal Negeri Selangor tambah satu lagi kebolehan – Ketua Pemuda DPPN Selangor

89
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Kalam Ustaz Hanafi Zulkapli selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyatakan kepakaran dan kemahiran anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) terus dipertingkatkan dan kali ini kemahiran dalam pengurusan jenazah.
Menurut beliau, satu Team Pengurusan Jenazah Covid-19 yang terdiri daripada anggota JAMNS sendiri telah memperolehi pengalaman pertama mereka hari ini dalam membantu pihak keluarga dan hospital dalam menyempurnakan pengurusan jenazah pesakit Covid-19.
Tahniah diucapkan buat semua anggota Amal yang berbakti dan berkhidmat untuk rakyat. Semoga Jabatan Amal Malaysia menjadi anggota yang berkebolehan dalam setiap perkara untuk membantu semua.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor