Home Berita PAS Wilayah

Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan turun bantu gotong royong

77
SHARE

Oleh : Muhamad Abdul Fateh

Foto: Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU 20 Jun: Seramai 50 orang anggota Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan menjayakan program gotong royong mega 1.0 sempena hari aedes 2022 di Perumahan Taman Melati, semalam.

Program tersebut anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan.

Usaha itu dibuat susulan seramai 20 penghuni taman perumahan itu dilaporkan diserang demam denggi sebelum ini sekali gus mengancam keselamatan ratusan penduduk lain.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan, Ustaz Haniff Syakir , berkata ancaman demam denggi yang menimpa seramai 20 penduduk dalam tempoh sebulan itu adalah cukup membimbangkan.

Katanya, kerjasama efektif daripada seluruh penduduk termasuk agensi kerajaan dan swasta juga memberi impak terhadap usaha pembersihan berkenaan.

Selain itu, Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar meninjau beberapa kawasan persekitaran yang menjadi pembiakan nyamuk.

Orang ramai untuk memainkan peranan dalam mengawal penyakit demam denggi ini.

Walaupun negara kini sedang dilanda wabak Covid-19, penyakit Demam Denggi juga harus diberi perhatian dan dikawal dan ini bukan terletak sepenuhnya di bahu PKD Titiwangsa semasa-mata tetapi ia adalah menjadi tanggungjawab seluruh penduduk Wangsa Maju

Turut hadir sama Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, Naib Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Izamuddin Bin Ludin, Pengurus DBKL Cawangan Wangsa Maju, Encik Yusman Haiti dan wakil Persatuan Penduduk Taman Melati Blok C.