Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi
BATU- PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan Ziarah Kasih ke kediaman veteran PAS, Subky Bin Latif di Padang Balang semalam.
Kunjungan tersebut bagi melawat tokoh Assabiqun PAS itu yang baru sahaja keluar dari wad hospital selepas mendapat rawatan disebabkan tahap kesihatan beliau yang agak lemah mutakhir ini.
Antara yang hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Bin Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud serta Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju dan Haji Azhar Bin Omar.
Selain itu, Ustaz Abdul Rani juga berkesempatan menghulurkan sumbangan kepada Pak Subky sebagai tanda keprihatinan terhadap beliau.
Ustaz Abdul Rani turut memanjatkan doa agar Pak Subky Latif sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmat AllahS.W.T serta sentiasa diberi kekuatan serta kesabaran.