Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju Terus Cakna Kebajikan Setempat

331
SHARE

PAS WANGSA MAJU TERUS CAKNA KEBAJIKAN SETEMPAT

Oleh: Wan Syahirah Wan Jafri

Wangsa Maju – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wangsa Maju (LKKWM) dengan kerjasama PAS Cawangan Seksyen 1 mengadakan ‘Gerobok Rezeki’ di Masjid Usamah bin Zaid di sini pagi ini.

Program ini adalah kesinambungan daripada siri-siri ‘Gerobok Rezeki’ yang sudah diadakan sebelum ini di cawangan-cawangan PAS sekitar Wangsa Maju.

Majlis dimulakan dengan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud.

Beliau mengimbas sejarah perang Tabuk yang tercetus pada bulan Rejabg tahun kesembilan Hijrah setelah kegagalan pasukan Islam mengalahkan Rom di Mu’tah.

“30,000 tentera Islam termasuk 10,000 tentera berkuda telah bergerak ke Tabuk dipimpin oleh Nabi SAW. Perjalanan ini mengambil masa 20 hari dengan jarak sejauh 800 kilometer. Pasukan Rom dengan 40,000 tentera pula dipimpin oleh Satria Hercules serta dibantu oleh Bani Ghassan.

“Kedua-dua pasukan walau bagaimanapun tidak bertembung kerana pasukan Rom berpatah balik setelah menyedari kekuatan pasukan Islam sehingga dikatakan mereka melihat 100,000 tentera malaikat dalam pasukan Islam. Perjalanan yang sangat panas itu juga dibantu oleh Allah dengan hujan lebat”, jelas beliau.

Tambah beliau lagi, pada peristiwa tersebut, pemimpin Ilyah, sebuah kota berdekatan Tabuk bernama Yuhana bin Ru’bah telah datang kepada Rasulullah SAW untuk berdamai, diikuti oleh penduduk Jarba dan Azruh.

“Mereka bersedia membayar jizyah dan tunduk kepada Islam. Dengan bertambahnya kekuatan Islam, pasukan Rom telah berundur dan kemenangan digapai pada 27 Syaaban tahun yang sama tanpa sebarang pertempuran”, ulas beliau.

Usai kuliah tersebut, sumbangan barangan keperluan disampaikan kepada 15 orang penerima sekitar Seksyen 1, Seksyen 2 dan Seksyen 4 Wangsa Maju.

PAS WANGSA MAJU TERUS CAKNA KEBAJIKAN SETEMPAT