Home Artikel PAS Sabah

PAS Sabah Terima Kunjungan Dewan Muslimat Terengganu

444
SHARE

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

27 Februari 2020

KOTA KINABALU: PAS Negeri Sabah menerima kunjungan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) yang diketuai oleh Toh Puan Hajah Zarani Othman, Ketua DMPNT di Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Hafidz Bandar Sierra di sini di sini semalam.

Hadir mewakili PAS Sabah ialah Setiausaha PAS Sabah Dr. Aliakbar Gulasan, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Zulzaim Hilmee Abidin, Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu dan ahli jawatankuasa yang lain.

Antara perbincangan dalam pertemuan tersebut adalah berkaitan kerjasama jangka panjang kedua-dua pihak dalam konteks dakwah dan kebajikan.

Rombongan DMPT juga dibawa melawat Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) al-Hafidz Kota Kinabalu, sekolah menengah pertama PAS di Sabah.

Toh Puan Hajah Zarani Othman dalam ucapannya merakamkan ucapan penghargaan kepada PAS Sabah atas kesudian menerima kunjungan DMPT.

Turut bersama dalam pertemuan selama sejam itu ialah YB Hajah Zuraida Md Noor, ADUN Wanita Terengganu.