Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju Serah RM40K Dana Bangunan BPPWP

673
SHARE

WANGSA MAJU – PAS Kawasan Wangsa Maju hari ini menyerahkan cek berjumlah RM40,000 kepada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya di kediamannya di Kampung Changkat Lembah.

Sumbangan berkenaan bertujuan membantu kutipan dana oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dalam usaha memiliki sebuah premis khas yang akan dimanfaatkan untuk kelancaran gerak kerja BPPWP.

Dana berkenaan difahamkan telah berjaya dikumpul hasil usaha bersama ahli-ahli PAS Kawasan Wangsa Maju termasuk dewan-dewan dan juga di peringkat cawangan.

Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud diiringi Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Azhar Omar dan Bendahari PAS Kawasan Wangsa Maju, Jenalis.

“Saya amat terharu dengan sumbangan sebanyak ini yang dapat diberi oleh PAS Wangsa Maju walaupun dalam masa yang singkat. Semoga hasil dana ini dapat memberi manfaat untuk gerak kerja di Wilayah pada masa hadapan”, ujar Ustaz Azhar Yahya.