Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : PKPB berakhir hari ini

425
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Nov: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang medianya petang tadi mengumumkan bahawa PKPB Negeri Melaka akan tamat bermula 21 November ini.

Menurut Ismail, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah bersetuju untuk menamatkan PKPB di beberapa buah negeri termasuk Melaka.

Sementara itu laman Telegram rasmi Jabatan Kesihatan Melaka sebentar tadi melaporkan dua kes positif baharu dikesan di Melaka hari ini dengan kedua-duanya direkodkan di dalam Daerah Melaka Tengah.

Menurut laporan itu, satu daripadanya dikesan di Mukim Bachang melibatkan kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat berumur 24 tahun sementara satu lagi kes dikesan di Mukim Batu Berendam daripada jangkitan tempatan saringan kontak rapat berumur 67 tahun di bawah Kluster Berendam.

Tambah laporan itu lagi, 43 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU sementara tiga kes sembuh baharu turut direkodkan di Melaka hari ini.

Laporan itu juga menunjukkan 13 mukim berada di zon kuning iaitu mukim Durian Tunggal (2), Klemak (1), Ayer Molek (5), Bachang (1), Balai Panjang (2), Batu Berendam (22), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (1), Cheng (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (1), Merlimau (10 dan Rim (3).

Sementara itu sebanyak 958 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah masih merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 512 kes diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang merekodkan jumlah yang sama iaitu 153 kes.

Semua negeri merekodkan kes baharu kecuali Pahang dan Perlis.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)