Home Artikel PAS Perlis

PAS, UMNO Perlis terus perkukuh muafakat

211
SHARE

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

KANGAR : Semangat Muafakat Nasional terus diperkukuh menerusi pelaksanaan program-program secara bersama oleh PAS dan UMNO di negeri ini.

Terbaru, kedua-dua parti berkenaan telah mengadakan program edaran bubur lambuk dan pelindung muka (face shield) secara bersama di Bazar Ramadan Kuala Perlis dekat sini, baru-baru ini.

Program berkenaan dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Perlis, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail, dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kangar, Ustaz Mohamad Zahid Ibrahim.

Objektif program tersebut bagi memperkasakan lagi hubungan PAS dan UMNO di negeri ini di samping menjayakan kempen Hijau Perlis bersama masyarakat.


Wan Hassan yang ditemui berkata, program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pihak NGO dan IPT.

“Pelitup muka yang kami agihkan pada hari ini adalah hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk UiTM Perlis, International Khayr Ummah Foundation (ikAF), PPTN dan Pertubuhan Anak Jati Perlis.

“Insya-Allah, program seperti ini akan kami teruskan lagi di bazar-bazar Ramadan yang lain selepas ini,” katanya.