Home Artikel PAS Perak

Sabar dan ikhlas penting buat pejuang Islam

159
SHARE

Sabar dan ikhlas penting buat pejuang Islam
Oleh : Zulfahmi Ramli

TAMBUN, Seruan perpaduan mesti terus dijayakan khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kerahmatan buat seluruh umat Islam.

“Apa yang paling penting kepada kita sebagai pimpinan dan ahli bawahan, mestilah memahami arahan pimpinan tertinggi jemaah ketika ini demi negara sejahtera.

“Perjuangan Islam yang kita sama-sama gerakkan melalui jemaah dalam memenuhi agenda Tarbiyah, Dakwah dan Tarbiyah adalah untuk mematangkan kita,” ucap Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Salleh Said.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taujihad kepada Ahli PAS Zon Meru dalam program Tafaqquh Fiddin di Pusat Tarbiyah PAS Taman Meru disini semalam.

Tegas Ustaz Salleh lagi, perjuangan Islam sememangnya penuh liku malah tidak sesekali dihampar permaidani merah yang menjanjikan kemenangan dengan mudah serta hendaklah ikhlas dan bersabar.

Turut hadir Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Tambun, Ustaz Rusdi Saad, Ketua PAS Zon Meru, Ustaz Zabidi Zainal Abidin dan pimpinan Cawangan Taman Meru, Taman Jati, Meru 2B, Meru 2C, Meru Raya dan Meru Perdana.