Home Artikel PAS Sabah

500 bungkus daging korban diserahkan kepada asnaf

336
SHARE

Oleh : Nur Ridwan
2 Ogos 2020

SANDAKAN : Program tahunan PAS Kawasan Libaran iaitu agihan daging korban sekali berjaya dilaksanakan di Kampung Sinar Baru, Batu 12 di sini kelmarin.

Sebanyak 7 ekor lembu disembelih dan diagihkan kepada beberapa buah kampung sekitar Parlimen Libaran yang antaranya adalah Kampung Sibugal, Kampung Seguntor dan Kampung Cemetry.

Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PAS dengan penduduk setempat yang sama – sama turun padang untuk menyempurnakan ibadah korban kali ini.

Yang Di-Pertua PAS Kawasan Libaran, Abdul Waheed Mohamad memberitahu bahawa program ini adalah hasil sumbangan peserta qurban yang memberi kepercayaan penuh kepada ahli jawatankuasa untuk mengurus secara keseluruhan dari sembelihan sehingga serahan kepada asnaf.

“Penekanan berkaitan ‘Standard Operating Procedure (SOP) kepada setiap petugas menjadi keutamaan kita dalam program ini bagi memastikan penularan wabak pandemik Covid-19 dapat dibendung.” Tambah Abdul Waheed.

Turut hadir dalam program ini adalah Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Libaran, Zulkifli Muhammad dan beberapa ahli jawatankuasa Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran yang lain.