Home Berita PAS Johor

PAS Tebrau sumbang bantuan pelajaran

174
SHARE

Oleh : Siti Nur Aisyah Az Zahra

TEBRAU, 2 Feb : Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail telah meluangkan masa menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada salah seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi tanahair, di Taman Pelangi Indah, kelmarin dulu.

“Menuntut ilmu satu ibadah, niatkan kerana Allah untuk memperbaiki kejahilan diri, menambah ilmu dan untuk memberi manfaat kepada orang lain di masa mendatang,” antara petikan nasihat dan kata semangat oleh beliau kepada pelajar tersebut.

Rombongan ziarah berkenaan yang diketuai oleh Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tebrau, Nor Fazielah Yaakub turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Anak Tebrau Fatimah Hj Zulkarnain, Ketua Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Rohaiza Mohd Razali, Ketua PAS Cawangan Puteri Wangsa Ahmad Syukur dan Ketua Muslimat PAS Cawangan Puteri Wangsa, Norahayu Mohamad Ariffin.

Nor Fazielah turut menyatakan PAS Kawasan Tebrau bersama Kelab Kebajikan Anak Tebrau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dan semoga dilapangkan dada dalam urusan menuntut ilmu.