Home Berita PAS Selangor

PAS Tanjong Karang santuni rakyat yang terkesan – PAS Kawasan Tanjong Karang

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG, 31 Julai – Penyerahan bantuan kepada penduduk yang susah dan juga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 telah diteruskan. Tidak banyak bantuan yang dapat dihulurkan tetapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka.

Bantuan dihulurkan oleh wakil PAS Cawangan Kampung Sungai Yu kepada beberapa penduduk kampung yang dapat dikesan akan kesusahan mereka.

Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor