Home Berita PAS Melaka

PAS Tangga Batu Rasai Pengorbanan Guru PASTI & SRITI Terkesan Kerana Covid-19

746
SHARE

 

Oleh : Rafie Ahmad

TANGGA BATU : PAS Kawasan Tangga Batu bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan amat memahami dan menjiwai pergorbanan serta dedikasi yang diberikan oleh semua guru-guru Pasti dan Sriti khususnya di dalam Kawasan Tangga Batu.

Sebagai menghargai sumbangan besar mereka ini, PAS Kawasan Tangga Batu telah menghulurkan sumbangan kepada semua guru-guru dan pembantu PASTI juga guru-guru dan pembantu Sriti AL Fattah dalam satu program ringkas yang telah diadakan d Markaz PAS Pantai Kundur baru-baru ini.

Seramai 87 orang guru serta pembantu Pasti dan 5 orang guru Sriti AL Fattah telah menerima sumbangan berupa set barangan dapur yang telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Tangga Batu, Tuan Haji Bakri Jamaluddin serta Pengarah Pasti Negeri Melaka, Ustaz Mohd Shafiq Ismail.

Menurut Bakri, sumbangan dan bantuan ini diberikan bagi meringankan beban guru-guru yang terjejas pendapatan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh COVID-19 ini.

Turut hadir bersama menyampaikan sumbangan adalah Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan, Izahari Ismail serta Naib Yang DiPertua (NYDP) PAS Kawasan, Ir Hj Hanim Abas.

Seperti kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, bulat air kena pembetung bulat manusia kerana muafakat.