Oleh : Kamil Saufee
TANGGA BATU : PAS Kawasan Tangga Batu telah mengedarkan sumbangan set PPE (Isolation Gown) kepada Klinik Kesihatan Seri Tanjung, Melaka di sini pagi tadi.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Anida Haron kepada wakil Klinik Kesihatan Seri Tanjung, Hairuzi. Selain itu, turut disumbangkan makanan buat seluruh petugas klinik kesihatan berkenaan.
Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Kawasan, Bakri Jamaludin yang turut hadir telah memaklumkan bahawa PAS Kawasan menawarkan perkhidmatan menjahit pakaian PPE jika ada keperluan.
“Kita menawarkan khidmat menjahit PPE kepada klinik kesihatan berkenaan bagi membantu mereka kerana seperti yang telah maklum memang terdapat kekurangan bekalan PPE dan ini merupakan salah satu inisiatif PAS Kawasan dalam membantu petugas frontliner.” ujarnya.
Turut hadir Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakan, Izahari Ismail dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Ramlan Amad.