Home Setiausaha Agung PAS

PAS Tak Perlu Tunjuk Ajar DAP

1,735 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
PAS TAK PERLU TUNJUK AJAR DAP

1) PAS tidak perlu tunjuk ajar DAP dalam menentukan hala tujunya. PAS mempunyai dasar yang jelas tanpa kompromi dengan pendekatan yang sesuai dengan keadaan masa dan ketika.

2) PAS komited dengan jalan demokrasi serta politik sihat dan konstruktif, menolak politik kombatif, melulu dan destruktif seperti diamalkan oleh DAP. Dalam menghadapi PRU 14, PAS bersedia menerima keputusan rakyat sama ada sebagai Pembangkang atau Kerajaan.

3) DAP boleh meneruskan dasar ‘chauvinistic’ dan sikap ‘pura-pura mesra-Islam’ yang tidak pernah berubah sebagai pendekatan dalam menghadapi PRU 14 nanti dan rakyat pasti boleh menilai sikap dan muslihat sebenar DAP yang memperalatkan siapa sahaja demi kuasa.

4) Saya menyeru Saudara Lim Guan Eng agar lebih prihatin dengan masalah dalaman DAP sendiri daripada cuba menghakimi PAS. Beliau patut sedar sepanjang penggal ini sahaja DAP telah kehilangan 8 MP/ADUN, memecat seorang ADUN dan bakal kehilangan beberapa lagi menjelang tamat penggal ini.

5) Saya yakin politik “keanak-anakan” dan “ala-gangster” DAP akan menyebabkan ia kehilangan bukan sahaja undi orang Melayu dan bukan-Cina, tetapi juga undi orang Cina. Pertelingkahan antara beberapa pimpinan DAP dengan pimpinan parti berteraskan kaum Cina yang lain adalah contoh klasik akan sikap itu.

6) Pemilihan CEC DAP November lalu adalah satu lagi bukti jelas akan situasi itu dengan kehadiran perwakilan hanya separuh daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya hadir. Sementara itu, undi yang diperolehi oleh para pemenang pula hanyalah lebih daripada separuh perwakilan dan ini menimbulkan tanda tanya tentang kesahihan demokratik atau tidaknya.

7) Saya hanya ingin memetik kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas ADUN DAP Jawi, Tan Beng Huat, tentang Lim Kit Siang dan suasana dalaman DAP untuk tatapan Saudara Lim Guan Eng iaitu;

“Lim Kit Siang is a dictator bent on building a political dynasty. He does not tolerate dissent similar to Dr. Mahathir who is only interested in ensuring his son ascend to power. They are one and the same, interested only in building their family dynasty and fulfill their political thirst”.

Terima kasih.

Takiyuddin Hassan,
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh : 02 Januari, 2018klik untuk lebih jelas