Home Berita PAS Kedah

PAS Sungai Petani dinobat kawasan terbaik carum Skimpas

126
SHARE

SUNGAI PETANI – PAS Kawasan Sungai Petani mendapat tempat pertama kawasan terbaik seluruh Malaysia bagi caruman baru Skim Kafalah PAS.

Menurut ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim, yuran tahunan skim ini adalah antara yang terendah hanya RM55 sahaja.

“Skim Khairat Kematian dan Perlindungan Kemalangan di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat bukan hanya dapat meringankan bebanan keluarga si mati tetapi turut memberi manfaat kepada PAS Pusat dan PAS Kawasan.

“Saya menyeru semua ahli PAS terutamanya di kawasan Sungai Petani untuk menyertai dan mencarum skim ini kerana yuran tahunan skim ini adalah antara terendah iaitu hanya RM55 sahaja namun manfaatnya amat besar iaitu manfaat sehingga RM 10 000.00,”ujarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Haji Salleh Abdullah dan Haji Ezmi Hamid yang merupakan agen SkimPAS Kawasan Sungai Petani yang sangat aktif mencari ahli PAS untuk mencarum skim ini.

“Kaedah pendaftaran skim ini sangat mudah dan segala proses pembayaran akan diuruskan oleh pihak Agen Skim PAS Kawasan dalam kadar segera.

“Di samping berinfaq, manfaat SkimPAS yang bakal diperoleh kepada pencarum seperti khairat kematian, kecacatan kekal dan kemalangan,” jelasnya.

Ahli PAS yang ingin mencarum dan mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Haji Salleh Abdullah 0194447251.