Home Berita PAS Selangor

PAS Sungai Buloh bantu penduduk yang susah – PAS Kawasan Sungai Buloh

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Penduduk semakin susah akibat terjejas dengan pendemik. Syukur kerana ada yang ambil peduli tentang mereka, NGO-NGO, parti politik dan individu perseorangan banyak yang ambil tindakan membantu mereka yang memerlukan ini.

PAS Kawasan Sungai Buloh bekerja keras dalam membantu masyarakat atau penduduk yang terkesan. Mereka telah mengagihkan bekalan makanan asas di Kg Kubu Gajah setelah menerima pemakluman yang memerlukan.

Bagi mereka yang memerlukan, boleh berhubung dengan ketua-ketua cawangan PAS Kawasan Sungai Buloh supaya mereka dapat membantu sedaya mungkin, inshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor