Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Kapar menyampaikan 127 kit makanan – PAS Kawasan Kapar

16
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Khidmat Malaysia Kapar meneruskan Misi Bantuan Tabung Bencana Covid-19 dan PKP 3.0 dengan menyalurkan sumbangan barangan asas dapur kepada 127 keluarga di bawah Parlimen Kapar.

Ucapan syukur dan terima kasih daripada para penerima yang terkesan dan terjejas dalam pandemik ini. Ada keluarga yang telah kehilangan tonggak keluarga disebabkan Covid-19. Ramai yang dicutikan kerja namun tetap bersyukur sebab tidak dibuang kerja walaupun menerima separuh gaji. Itu antara perkongsian cerita para penerima sumbangan tersebut.
PAS Kawasan Kapar mengucapkan terima kasih kepada pimpinan masyarakat Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Pengerusi Khidmat Malaysia Selangor, saudara Kahar Muzakkir Munawir, Pengerusi Khidmat Malaysia Kapar, Dr Halimah Ali, Naib Presiden Yayasan Amal Pusat beserta pimpinan masyarakat setempat, petugas Jabatan Amal dan Ameerah yang telah meluangkan masa untuk turun menyampaikan sumbangan.

Khidmat Malaysia juga menyeru masyarakat untuk terus menyumbang dana kepada Tabung Bencana Covid-19 agar nasib mereka yang terjejas dapat dibantu.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor