Home Berita PAS Selangor

Bantuan disampaikan sejurus menjumpai mereka yang memerlukan – DPPK Gombak

10
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Bendera putih telah dikesan di Pangsapuri Saujana Gombak dan sumbangan terus diusahakan untuk disampaikan kepada individu-individu tersebut. NGO dari Syabab Care Malaysia dibawah Pemuda PAS Kawasan Gombak terus menyantuni dan mengedarkan barangan keperluan dapur kepada saudara yang menggantung bendera putih ini.

Menurut wakil Syabab Care, saudara tersebut berasa amat gembira dengan kehadiran mereka dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan. Tanpa mengira bangsa, agama, pegangan politik, keturunan dan lain-lain, kita sebagai manusia wajib bantu membantu diantara satu sama lain.

Tiada masa untuk berpolitik pada ketika ini, yang paling penting angkat bendera atau tidak, warna bendera tak kisah warna apa pun, dimana ada orang susah, disitu kami akan turun membantu tanpa mengira kaum dan parti politik.

Insha Allah, bumi Gombak ini bumi barakah, ramai orang-orang yang suka menyumbang dan membantu sekiranya terdapat jiran atau sahabat yang berada dalam kesusahan. Mari sama-sama kita doakan semoga pendemik Covid-19 ini dihapuskan dan jauh dari kita semua.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor