Home Berita PAS Selangor

PAS Sungai Besar istiqamah meneruskan misi bantuan – PAS Kawasan Sungai Besar

11
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar | PAS Kawasan Sungai Besar yang sentiasa istiqamah melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan membantu penduduk atau rakyat tempatan yang memerlukan bantuan. Dikala negara menghadapi masa sukar, rakyat turut merasainya malah ada segelintir yang lebih dengan berganda-ganda ujianya.

PAS Sungai Besar telah mendapat perkhabaran sedih dan mengejutkan apabila datuk kepada penerima sumbangan yang mereka ingin lawati ini telah pergi buat selamanya menghadap Sang-Pencipta.

Mari bersama kita doakan semoga Almarhum Md Arif Bin Bedaai yang baru meninggal dunia petang tadi supaya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga ahli keluarga ini tabah dan sabar menghadapi ujian dari Allah.

Pasukan Kebajikan PAS Sungai Besar tidak dapat bertemu dengan waris keluarga disebabkan mereka sedang berurusan dengan pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Pasukan bantuan dari Sungai Besar terus istiqamah dan bersemangat menghantar bantuan kepada mereka yang memerlukan dan fokus mereka kali ini kepada 3 buah rumah yang sedang menjalani kuarantin di rumah. 2 buah rumah di Taman Setia Jaya dan 1 buah rumah di Taman Makmur.

PAS Kawasan Sungai Besar memberi pesanan agar, terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan jangan lupa untuk mendaftar sebagai penerima vaksin di aplikasi MySejahtera atau laman web yang telah disediakan. Bersama kita menjaga komuniti supaya dapat mencegah covid-19 ini terus merebak dan membahayakan nyawa orang sekeliling.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor