Home Berita PAS Selangor

PAS komited membantu masyarakat – DPPK Bangi

71
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Sukarelawan Pemuda PAS Kawasan Bangi dengan kerjasama Jabatan Amal Kawasan turun membantu masyarakat setempat yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan.

Antara yang dibantu ialah seorang mak cik, 70 tahun dan suaminya, 79 tahun yang tinggal di Sungai Jelok. Keduanya tidak mempunyai kemudahan pengangkutan untuk ke pusat vaksin yang terletak di PPV Bangi Golf Resort. Manakala sorang lagi mak cik dari Sungai Tangkas juga menggunakan perkhidmatan ini untuk ke PPV Mines.

Inisiatif ini dijalankan oleh PAS Kawasan Bangi dengan tujuan untuk memudahkan proses vaksinasi di Bangi dijalankan. Perkhidmatan ini terbuka kepada Warga Emas, Golongan Kurang Upaya dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Alhamdulillah mereka berusaha menunaikan tanggungjawab walau dengan apa cara sekali pun,” ujar salah seorang sukarelawan.

Inisiatif ini akan berterusan setiap hari sepanjang pemberian vaksin berlangsung. Semoga dengan usaha sebegini dapat membantu menambahkan jumlah mereka yang mendapat suntikan vaksin.

Warga Bangi yang memerlukan perkhidmatan ini boleh menghubungi saudara Hasan di talian http://wa.me/60126054369. Tempahan perlu dilakukan dua hari sebelum temujanji vaksin.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor