Home Berita PAS Selangor

DHPP Pandan sumbang barangan dapur dan makanan asas – Ketua DHPP Kawasan Pandan

12
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Pandan | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Pandan menggerakkan aktiviti sumbangan kebajikan dengan menyantuni beberapa keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Saudara Harii Khana yang merupakan Ketua DHPP Kawasan Pandan merangkap Ketua Penerangan DHPP Selangor telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Pn.Ummul yang mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah dan menetap di Pandan Jaya. Suami Pn Ummul adalah seorang peniaga gerai makan. Namun sudah hampir 3 bulan tidak dapat berniaga dan hilang punca pendapatan.

Saudara Harii juga telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga Pn.Azimah yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai 3 anak yang masih kecil. Beliau menetap di Pandan Jaya. Pn.Azimah juga turut hilang tempat mencari rezeki setelah tidak bekerja hampir 3 Bulan. Kesusahan mereka telah disantuni dengan kehadiran Saudara Harii dari DHPP yang menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan asas.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor