Home Artikel PAS Sarawak

PAS Sibuti Cakna Isu Kebajikan

627
SHARE

Sibuti, 6 Jun – PAS Kawasan Sibuti dengan kerjasama PAS Kawasan Miri telah mengatur beberapa siri ziarah kebajikan di sekitar kawasan Sibuti dan program tersebut akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tujuan ziarah kebajikan ini diadakan adalah bagi membantu meringankan beban penduduk kawasan Sibuti bagi menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

PAS bertekad untuk terus menyumbang sedikit sebanyak bagi menjaga kebajikan rakyat sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Bagi meringankan beban kehidupan golongan asnaf di Sibuti, PAS membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang dana bagi membeli 100 ekor anak ayam ternakan.

Anak ayam tersebut akan disumbangkan kepada keluarga miskin di Bekenu sebagai sumber pendapatan mereka seterusnya menambah ekonomi keluarga.

Marilah kita sama-sama membantu dengan menyumbang melalui Tabung Prihatin Miri (BIMB: 1102 2010 3898 07)

Semoga Allah memberkati usaha kita dan menyatukan PAS bersama masyarakat setempat.

 

{jathumbnail off}