Home Artikel PAS Perak

Ramadhan Bukan Noktah Menghulurkan Kebajikan

350
SHARE

Ramadhan Bukan Noktah Menghulurkan Kebajikan


LUMUT: Bulan Ramadhan bukan halangan kepada jentera muslimat meneruskan gerak kerja terutama menyantuni masyarakat tempatan. Komitmen yang telah diberikan membuktikan Muslimat PAS sentiasa berusaha menyampaikan mesej Islam dalam pelbagai pendekatan seperti ziarah mahabbah dan beberapa aktiviti kemasyarakatan lain, demikian menurut Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin.

Dewan Muslimat PAS Lumut beserta Dewan Pemuda PAS Lumut telah menjayakan sesi ziarah cawangan di Bt 15, Lekir. Sesi ziarah tersebut bermula jam 3 petang, 2 Jun lalu.

Sumbangan beras dan kurma diberikan kepada keluarga yang memerlukan selain beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Semoga ziarah yang dilakukan melahirkan kasih sayang yang murni antara PAS dan masyarakat setempat.

 

{jathumbnail off}