SIBU, 18 Jun – PAS Kawasan Sibu telah menganjurkan satu Ziarah Kebajikan pada 18 Jun 2017 bersamaan 23 Ramadan 1438H bertempat di Kampung Jeriah, Sibu.
Pada 1 Ramadan yang lalu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sibu telah memberi sumbangan kurma dalam program ‘Semanis Kurma, Seindah Ramadan’ di tempat yang sama.
Kali ini, sebanyak 15 kit Ramadan telah diedarkan kepada keluarga yang terdiri daripada orang miskin, warga emas, ibu tunggal dan golongan OKU. Mereka menerima barangan dapur seperti beras, garam, gula dan minyak masak yang diinfaqkan oleh ahli PAS Kawasan Sibu sendiri.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil AJK PAS Kawasan Sibu dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sibu.
Insya Allah program kebajikan seperti ini akan diteruskan demi manfaat bersama.
‘ Sejahtera Bersama Islam’
{jathumbnail off}