Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam
Oleh : Umar Al-Hayawi
SHAH ALAM | PAS Shah Alam bersama kariah Surau Hj Wahid Bukit Kuda meneruskan usaha mereka dalam misi menyampaikan sumbangan kepada penduduk tempatan yang terjejas.
PAS Shah Alam juga dengan kerjasama NGO Pemuda Prihatin dan Anggerik Care telah mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada penduduk Bukit Kuda.
Menurut laporan, sebanyak 20 kilogram daging korban dan 20 pek keperluan asas telah di sumbang kepada keluarga yang terjejas akibat PKP.
Terima Kasih diucapkan kepada YDP PAS Shah Alam Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki, Ketua Pemuda PAS Kawasan Shah Alam Ustaz Aubidullah Fahim dan Dato’ Ahmad Mua’adzam Shah atas kerjasama dalam misi tersebut.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor