Home Berita PAS Selangor

Kami prihatin kebajikan anda – PAS Kawasan Kota Raja

5
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : PAS Kawasan Kota Raja

KOTA RAJA | Semua lapisan masyarakat disaran supaya membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya di Parlimen Kota Raja yang dikenalpasti berada dalam kemiskinan mutlak ekoran pandemik COVID-19.

Selain itu, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat PAS Kota Raja, Tuan Haji Mohamed Diah bin Baharun juga menasihatkan agar setiap individu yang ditimpa kesusahan pada ketika ini agar dapat mengambil pedoman untuk dijadikan panduan kehidupan yang baru dengan mengubah cara hidup masing-masing mengikut kemampuan semasa.

Insya-Allah, disebalik ujian ini terselit hikmah yang begitu besar. Inilah janji Allah bagi orang beriman yang berfikir akan setiap ujian yang berlaku.

Antara penerima sumbangan ialah Mohd Fakarudin, 27 tahun. Beliau baru sahaja mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lalu dan isteri tidak bekerja. Beliau tidak bekerja sejak bulan April 2021 yang lalu ekoran daripada pandemik Covid-19 ini.

Kita bantu dan mendoakan semoga anak muda ini diberikan kekuatan dan kesabaran dengan ujian ini. Semoga Allah permudahkan urusan beliau dan dimurahkan rezeki beliau sekeluarga.

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor