Home Artikel PAS Kedah

PAS Sembah Tahniah Ke Atas DYTM Raja Muda Kedah

397 views
SHARE


Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merafak Sembah Tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin atas permasyhuran sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Pelantikan DYTM Tuanku akan memperkukuhkan lagi warisan kesultanan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang aman, makmur dan berdaulat.
PAS Kedah menaruh harapan tinggi kepada DYTM agar terus menjadi payung negeri dalam memelihara dan memartabatkan Islam selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Sebagai rakyat negeri ini, kami ahli-ahli PAS Kedah menumpahkan taat setia kepada DYTM Tuanku dan berdoa semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan DYTM Tuanku dalam urusan pentadbiran negeri ini.
Daulat Tuanku! 

ALLAHU AKBAR
Dr. Ahmad Fakhrudin bin Sheikh Fahkrurazi

Pesuruhjaya PAS Kedah.