Home Berita PAS Selangor

Sumbangan barang keperluan asas semasa PKPD dijalankan – PAS Kawasan Bangi

11
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | PAS Cawangan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi menjalankan aktiviti kebajikan membantu mereka yang memerlukan di hari-hari PKPD dikuatkuasakan. Usaha memberikan sedikit sumbangan barangan keperluan asas bagi meringankan sedikit beban keluarga yang terjejas akibat Covid-19.

Memetik kenyataan PAS Kawasan Bangi, terasa sejuk di hati melihat keriangan di raut wajah adik kecil bersama ibunya menerima kunjungan ‘amilin PAS Cawangan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dengan sumbangan berupa barang keperluan asas yang telah diusahakan oleh cawangan ini.

PAS Cawangan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, sememangnya sudah bersedia dengan barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk setempat yang terjejas dan memerlukan bantuan.

Para amilin PAS Cawangan Seksyen 3 ini pagi-pagi lagi sudah berada di lapangan memberikan bantuan buat mereka yang memerlukan. Semoga keluarga yang diziarahi dapat merasai bahawa PAS sentiasa berada di sisi mereka dan juga semoga Allah SWT memberi ganjaran kepada para penyumbang dan juga ‘amilin yang membantu mengagihkan. Aamiin.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor