Home Kenyataan Media PAS Selangor

PAS Selangor ucap tahniah atas perlantikan Timbalan Perdana Menteri – PJ PAS Selangor

115
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

PAS SELANGOR UCAP TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN YAB DATO SRI ISMAIL SABRI YAAKOB SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

OLEH : YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mewakili seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS di negeri ini mengucapkan ribuan tahniah kepada YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

PAS Selangor mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada beliau untuk mampu menggalas tugas dan tanggungjawab besar ini dengan baik terutama diwaktu negara sedang berhadapan dengan ujian besar pandemik Covid 19 ini.

Sesungguhnya PAS Selangor mempunyai hubungan baik dengan Dato Sri ketika beliau pernah memangku jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno satu ketika dahulu khasnya ketika menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Seri Setia dan Semenyih dan cukup yakin dengan kemampuan dan pengalaman beliau.

Sementara itu PAS Selangor juga mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien di atas perlantikkan beliau sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor