Home Berita PAS Johor

PAS Sekijang teruskan agenda penyatuan ummah demi ISLAM.

875
SHARE
Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin menyampaikan Tazkirah Syawal,2 buah lagu nasyid dan kupasan isu tentang penyatuan ummah Alhamdulillah …semua ahli UMNO tekun mendengar dengan penuh penghayatan
Sedikit ole-ole untuk Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin sebagai tanda ingatan sebelum pulang .
Pimpinan PAS & UMNO mengabadikan kenangan sebelum pulang
Alunan Marhaban & Selawat sebagai pembuka tirai majlis .

PAS Sekijang teruskan agenda penyatuan ummah demi ISLAM.

5 Julai 2019(Sekijang):

Sebagai penutup tirai Syawal ,PAS Kawasan Sekijang dengan kerjasama Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis telah mengadakan Rumah Terbuka AidilFitri Perpaduan Ummah pada 5 Julai 2019 ,Jumaat yang lalu di Kg.Jawa Segamat.
Kawasan ini terletak di DUN Pemanis ,Parlimen Sekijang dalam daerah Segamat.

Agenda penyatuan ummah demi mendaulatkan Agama Islam,mempertahankan institusi beraja dan mengangkat martabat bangsa Melayu serta memperjuangkan nasib rakyat marhaen telah menjadi fokus utama antara dua buah parti terbesar iaitu PAS dan UMNO di Malaysia.

Tiada masa lagi untuk menoleh ke belakang dan memikirkan sengketa lalu antara PAS dan UMNO kerana apa yang penting adalah terbentang di hadapan mata ,fokus utama terhadap keprihatinan dan sikap cakna kepada nasib rakyat khususnya masa depan orang Melayu Islam sendiri di saat Islam semakin terancam .

Buang yang keruh .Ambil yang jernih.Marilah kita saling memaafkan dan melupakan kepahitan masa lalu .Yang baik jadikan teladan .Yang buruk jadikan sempadan .Kini lembaran baru melalui parti PAS dan UMNO telah dibuka demi masa depan negara yang lebih sejahtera dan gemilang.

Alhamdulillah ..
Majlis Rumah Terbuka Perpaduan Ummah PAS Kawasan Sekijang telah berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.Majlis telah berlangsung secara sederhana namun cukup meriah .

Jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak dan ahli PAS yang sudi hadir membantu,memberi sumbangan kuih muih dan kewangan serta bergotong royong dari mula persiapan majlis hingga selesai .

Hanya ALLAH SWT jua dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat dengan sebaik-baik ganjaran…

Jutaan terima kasih atas kesudian tetamu undangan yang hadir iaitu:

1.Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Husin (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor).

2.Datuk Dr Hj Baharum bin Hj Mohamed
(Ketua UMNO Bahagian Sekijang).

3.Tuan Hj.Anuar Bin Abd. Manap
(Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang).

1.Pn.Hjh.Rahana Binti Mohamed(Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang)

2.Tn.Hj.Mohd.Nor Saidil Bin Ibrahim(Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang).

Semoga penyatuan ummah yang terjalin erat antara dua buah parti PAS & UMNO di Sekijang sentiasa dalam keredhaan dan kerahmatan ALLAH SWT sentiasa.

Serangkap pantun sebagai tanda penghargaan:

Lipat tuala bersusun bunga
Suntingkan kenanga berawan larat
Tiadalah upaya kami membalasnya
Dari dunia sampai Akhirat.

#DemiISLAM
#ISLAMmemimpinPERPADUAN
#PenyatuanUmmahDemiIslam.

Nukilan rasa:
Normala Binti Sudirman .
Setiausaha Program
Rumah Terbuka AidilFitri
Perpaduan Ummah
PAS Kawasan Sekijang
Merangkap
Penyelia Pusat Aduan Rakyat
DUN Pemanis.