Home Berita PAS Johor

PAS Sekijang Santuni Kaum Tionghoa di DUN Pemanis

1066
SHARE

SEKIJANG – PAS Kawasan Sekijang di bawah Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis & Lajnah Perpaduan Nasional Sekijang telah menyantuni Kaum Tionghoa menjelang Sambutan Tahun Baru Cina di premis perniagaan sekitar Kg.Jawa & Kg
Abdullah, Pekan Jabi dan Kg.Tengah yang terletak di DUN Pemanis baru -baru ini.

Diketuai oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis, Normala Sudirman, edaran buah limau kepada penduduk telah dihulurkan tanpa mengira pendirian politik mereka dalam siri lawatan muhibbah beberapa hari di DUN Pemanis sehingga 15 Februari 2018.

Kain rentang dan sepanduk Selamat Tahun Baru Cina digantung di sekitar DUN Pemanis lambang muafakat dan semangat muhibbah dari PAS Kawasan Sekijang dan Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis.

“Apa yang penting bagi PAS Sekijang adalah semangat muhibbah dan setiakawan yang ingin dizahirkan terhadap kaum Tionghoa lambang keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dengan nada gembira.

Ramai masyarakat Cina berasa gembira menerima kedatangan kami dan pemberian buah limau tanda hormat-menghormati perayaan budaya masyarakat Cina di sekitar DUN Pemanis.

“PAS tidak pernah membenci orang Cina kerana Agama Islam
menggalakkan ummat Islam saling menghormati budaya, dan anutan beragama kaum lain.
Putusnya Tahaluf Siyasi dengan DAP adalah kerana mereka terlalu lantang menghina Agama Islam,”katanya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor.

“Kami optimis dan percaya tidak semua ahli DAP adalah orang Cina dan tidak semua Orang Cina adalah dari DAP.
Justeru kami sangat berharap tindakan PAS difahami oleh semua pihak,”katanya yang juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Namun walaupun berbeza pendirian politik, ingatan persahabatan dan semangat setiakawan tetap dihormati setiap masa terutama menjelang hari perayaan.

Normala Sudirman mendukung anak kaum Tionghoa sambil mengedarkan buah limau kepada ibunya
Kaum Tionghoa gembira menerima kedatangan PAS Kawasan Sekijang
Sokongan kepada PAS masih tetap tidak berubah bukti penerimaan masyarakat Cina kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis
Beramah mesra sambil mengedarkan buah limau kepada kaum Tionghoa