Home Berita PAS Johor

PAS Sekijang: Marhaban Eratkan Ukhuwwah Sesama Ahli dan Masyarakat Setempat

811
SHARE

Sekijang: Bertepatan dengan bulan Syawal dan sambutan AidilFitri yang berlangsung selama sebulan ,maka kepimpinan PAS Kawasan Sekijang mengambil inisiatif untuk turun ke setiap cawangan PAS dengan menziarahi ahli dengan menganjurkan aktiviti ‘Program Marhaban’ dan ‘Tazkirah Syawal’.

Diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sekijang ,Maarof Abd Mutalib ,program marhaban ini diharapkan dapat mengeratkan jalinan ukhuwwah fillah dan menyuburkan silaturrahim sesama ahli PAS Kawasan Sekijang dan masyarakat setempat yang diikat dengan akidah Islamiyyah yang padu dan jitu.

Dimulakan dengan ‘Program Marhaban PAS Cawangan Redong’ pada 15 Syawal 1439H,aktiviti ini diteruskan pula dengan ‘Program Marhaban PAS Cawangan Kemelah’ pada 17 Syawal 1439H ,dan akan diteruskan lagi di cawangan yang lain pula dalam kawasan PAS Sekijang sepanjang bulan Syawal.

Suasana diserikan lagi dengan ‘Tazkirah Syawal’ dan pemberian duit raya kepada kanak -kanak serta hidangan beraneka juadah oleh tuan rumah yang merupakan Ketua Cawangan PAS masing -masing dalam kawasan Sekijang.

Selain daripada itu,ziarah mahabbah juga diteruskan ke rumah -rumah tertentu sambil bertanya khabar perkembangan ahli masing -masing terutama yang sakit atau ditimpa masalah untuk meringankan beban.

Setiausaha PAS Kawasan Sekijang,Normala Sudirman berkata bahawa kekerapan pertemuan ini juga memudahkan beliau menyampaikan amanat parti dan menyampaikan edaran Harakah secara rutin dan berkala untuk menggerakkan organisasi parti di samping membuat hebahan atau arahan rasmi parti.
Hebahan atau makluman kepada ahli dari masa ke semasa dapat disalurkan dengan cepat dan pantas terutama untuk menyuntik motivasi ahli setelah gerakerja Pilihanraya Umum ke 14 berakhir pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Selain daripada itu, kepimpinan PAS Kawasan Sekijang boleh beramah mesra bersama masyarakat setempat di setiap cawangan PAS ke arah merealisasikan politik matang dan sejahtera yang ditunjangi oleh PAS di tengah gelanggang masyarakat .

Ini adalah penting kerana PAS bukanlah hanya sekadar parti politik semata-mata tetapi PAS juga merupakan parti dakwah dan parti tarbiyyah.

Semua aktiviti disusun selaras dengan perlembagaan parti di samping sebagai medium dakwah yang paling ampuh di samping terus menjalinkan kemesraan sesama Ummat Islam di Malaysia.

Hidangan beraneka juadah dinikmati sambil berbual mesra antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwahfillah

 

Normala Sudirman,Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis selaku mantan calon merangkap kepimpinan PAS Kawasan Sekijang menghulurkan sumbangan dari ahli kepada Puan Marti yang bakal menjalani pembedahan tidak lama lagi .

 

Sebahagian pimpinan muslimat yang hadir
Muslimat turut hadir membawa anak masing -masing dan keluarga ke program marhaban
Seusai marhaban ,kaum ibu mengabadikan kenangan bersama tuan rumah untuk dijadikan sebagai memori indah dalam diari perjuangan.