Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan sumbang aset perubatan dan face shield

411
SHARE

Oleh : Nur Fathihah Taip
27 Disember 2020

SANDAKAN : PAS Sandakan telah menyerahkan sumbangan aset perubatan dan face shield bernilai RM25,350 kepada Pejabat Kesihatan Sandakan untuk kemudahan perkhidmatan rawatan di klinik-klinik daerah Sandakan pada rabu lalu.

Menurut Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, sumbangan itu telah dijayakan dengan kerjasama NGO Warga Cakna dan Papisma Terengganu bagi memudahkan lagi pihak klinik untuk membuat perkhidmatan rawatan dalam mendepani wabak COVID-19.

“Kita tidak dapat bantu untuk berada di barisan hadapan, jadi kita bantu dengan sediakan peralatan perubatan seperti ini, “ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Ainul Zainida yang mewakili Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan atas kelapangan masa untuk menerima sumbangan tersebut.

Hadir bersama dalam penyerahan tersebut ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Timbalan YDP PAS Sandakan, Ramlan Rahemen.

Selain ‘face shield, peralatan lain yang disumbangkan dalam siri tersebut termasuklah ‘handheld pulse oxymeter’, ‘vital sign monitor’ dan ‘ecg machine’.

Sementara itu, Dr Ainul Zainida yang mewakili Pejabat Kesihatan ketika menerima sumbangan tersebut menyampaikan ucapan penghargaan kepada PAS Sandakan dan NGO yang bekerjasama atas inisiatif tersebut.

Beliau sentiasa mengalu-alukan sumbangan seperti itu daripada sebarang pertubuhan mahupun orang ramai bagi mengurangkan bebanan petugas kesihatan dalam menghadapi COVID-19.

Dr Ainul Zainida juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan saranan-saranan yang telah disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.