Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan edar limau dan kek sambut tahun baharu cina

159
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
02 Februari 2022

SANDAKAN: PAS Sandakan telah menyantuni akhbar tempatan cina dan masyarakat Tiong Hua pada khamis dan jumaat lalu sempena menyambut tahun baharu cina tahun ini.

Antara akhbar tempatan yang dikunjungi ialah syarikat Sin Chew Daily, See Hua Daily, Harian Merdeka dan Asia Times.

Selain itu, PAS Sandakan juga turut mengedarkan limau kepada masyarakat tiong hua di sekitar pasar umum Sandakan pada jumaat yang lalu.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata kunjungan ini dibuat bermatlamatkan merapatkan jurang antara kaum sekaligus mendekatkan masyarakat non-Muslim kepada Islam yang sebenar.

“Alhamdulillah, masyarakat tiong hua juga menyambut baik kehadiran kami dengan mengharapkan agar usaha ini dapat menyemarakkan lagi perpaduan di negara kita selaras dengan pendekatan Aspirasi Keluarga Malaysia,” kata Sahar.

“Semoga tahun baharu cina dalam tahun harimau pada kali ini membawa semangat perpaduan yang jitu sebagai satu keluarga yang harmoni untuk kestabilan perpaduan kaum di Sabah khususnya dan Malaysia amnya,” tambah Sahar.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Sandakan, Isaac Wong dan beberapa jawatankuasa PAS Sandakan.