Home Berita PAS Wilayah

Pelajar PASTI agih limau sempena Tahun Baru Cina

52
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU,29 Jan – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Wangsa Maju dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Wangsa Maju mengambil inisiatif mengagihkan limau mandarin kepada jiran tetangga berbangsa Tionghua di sini 28 Januari lalu.

Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri), program ini selaras dengan keperluan memupuk perpaduan antara kaum di bawah satu identiti rakyat Malaysia untuk semua rakyat Wangsa Maju.

“Para pelajar PASTI juga dilibatkan dalam aktiviti ini untuk memupuk perpaduan dan kemesraan antara satu sama lain supaya perasaan kasih sayang dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat.

“Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika menyambut Tahun Baharu Cina dalam keadaan norma baharu apabila berziarah ke rumah saudara-mara atau sahabat-handai,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Awangku Alizul yang menyertai program berkenaan turut berterima kasih kepada masyarakat Tionghua di sini yang memberikan respon yang positif.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Mohd Abdul Hadi Ghazali, pengurus serta guru-guru PASTI.